Kisah
nabi khidir a.s
Salah satu kisah Al-Quran yang sangat mengagumkan dan dipenuhi dengan
misteri adalah, kisah seseorang hamba yang Allah s.w.t memberinya rahmat dari
sisi-Nya dan mengajarinya ilmu. Kisah tersebut terdapat dalam surah al-Kahfi di
mana ayat-ayatnya dimulai dengan cerita Nabi Musa, yaitu:
"Dan (ingatlah) ketika Musa berkata kepada muridnya: 'Aku tidak akan
berhenti (berjalan) sebelum sampai ke pertemuan dua buah lautan; atau aku akan
berjalan-jalan sampai bertahun-tahun." (QS. al-Kahfi: 60)
Kalimat yang samar menunjukkan bahawa Musa telah bertekad untuk meneruskan
perjalanan selama waktu yang cukup lama kecuali jika beliau mampu mencapai
majma' al-Bahrain (pertemuan dua buah lautan). Di sana terdapat suatu
perjanjian penting yang dinanti-nanti oleh Musa ketika beliau sampai di majma'
al-Bahrain. Anda dapat merenungkan betapa tempat itu sangat misteri dan samar.
Para musafir telah merasakan keletihan dalam waktu yang lama untuk mengetahui
hakikat tempat ini. Ada yang mengatakan bahawa tempat itu adalah laut Persia
dan Romawi. Ada yang mengatakan lagi bahawa itu adalah laut Jordania atau
Kulzum. Ada yang mengatakan juga bahawa itu berada di Thanjah. Ada yang
berpendapat, itu terletak di Afrika. Ada lagi yang mengatakan bahawa itu adalah
laut Andalus. Tetapi mereka tidak dapat menunjukkan bukti yang kuat dari
tempat-tempat itu.
Seandainya tempat itu harus disebutkan nescaya Allah s.w.t akan
rnenyebutkannya. Namun Al-Quran al-Karim sengaja menyembunyikan tempat itu,
sebagaimana Al-Quran tidak menyebutkan kapan itu terjadi. Begitu juga, Al-Quran
tidak menyebutkan nama-nama orang-orang yang terdapat dalam kisah itu kerana
adanya hikmah yang tinggi yang kita tidak mengetahuinya. Kisah tersebut
berhubungan dengan suatu ilmu yang tidak kita miliki, kerana biasanya ilmu yang
kita kuasai berkaitan dengan sebab-sebab tertentu. Dan tidak juga ia berkaitan
dengan ilmu para nabi kerana biasanya ilmu para nabi berdasarkan wahyu. Kita
sekarang berhadapan dengan suatu ilmu dari suatu hakikat yang samar; ilmu yang
berkaitan dengan takdir yang sangat tinggi; ilmu yang dipenuhi dengan rangkaian
tabir yang tebal.
Di samping itu, tempat pertemuan dan waktunya antara hamba yang mulia ini
dan Musa juga tidak kita ketahui. Demikianlah kisah itu terjadi tanpa memberitahumu
kapan terjadi dan di tempat mana. Al-Quran sengaja menyembunyikan hal itu,
bahkan Al-Quran sengaja menyembunyikan pahlawan dari kisah ini. Allah s.w.t
mengisyaratkan hal tersebut dalam firman-Nya:
"Seorang hamba di antara hamba-hamba Kami, yang telah Kami berikan
kepadanya rahmat dari sisi Kami, dan yang telah Kami ajarkan kepadanya ilmu
dari sisi Kami." (QS. al-Kahfi: 65)
Al-Quran al-Karim tidak menyebutkan siapa nama hamba yang dimaksud, yaitu
seorang hamba yang dicari oleh Musa agar ia dapat belajar darinya. Nabi Musa
adalah seseorang yang diajak berbicara langsung oleh Allah s.w.t dan ia salah
seorang ulul azmi dari para rasul. Beliau adalah pemilik mukjizat tongkat dan
tangan yang bercahaya dan seorang Nabi yang Taurat diturunkan kepadanya tanpa
melalui perantara. Namun dalam kisah ini, beliau menjadi seorang pencari ilmu
yang sederhana yang harus belajar kepada gurunya dan menahan penderitaan di
tengah-tengah belajarnya itu. Lalu, siapakah gurunya atau pengajarnya?
Pengajarnya adalah seorang hamba yang tidak disebutkan namanya dalam Al-Quran
meskipun dalam hadis yang suci disebutkan bahawa ia adalah Khidir as.
Musa berjalan bersama hamba yang menerima ilmunya dari Allah s.w.t tanpa
sebab-sebab penerimaan ilmu yang biasa kita ketahui. Mula-mula Khidir menolak
ditemani oleh Musa. Khidir memberitahu Musa bahawa ia tidak akan mampu bersabar
bersamanya. Akhirnya, Khidir mahu ditemani oleh Musa tapi dengan syarat,
hendaklah ia tidak bertanya tentang apa yang dilakukan Khidir sehingga Khidir
menceritakan kepadanya. Khidir merupakan simbol ketenangan dan diam; ia tidak
berbicara dan gerak- gerinya menimbulkan kegelisahan dan kebingungan dalam diri
Musa. Sebahagian tindakan yang dilakukan oleh Khidir jelas-jelas dianggap
sebagai kejahatan di mata Musa; sebahagian tindakan Khidir yang lain dianggap
Musa sebagai hal yang tidak memiliki erti apa pun; dan tindakan yang lain
justru membuat Musa bingung dan membuatnya menentang. Meskipun Musa memiliki
ilmu yang tinggi dan kedudukan yang luar biasa namun beliau mendapati dirinya
dalam keadaan kebingungan melihat perilaku hamba yang mendapatkan kurnia
ilmunya dari sisi Allah s.w.t.
Ilmu Musa yang berlandaskan syariat menjadi bingung ketika menghadapi ilmu
hamba ini yang berlandaskan hakikat. Syariat merupakan bahagian dari hakikat.
Terkadang hakikat menjadi hal yang sangat samar sehingga para nabi pun sulit
memahaminya. Awan tebal yang menyelimuti kisah ini dalam Al-Quran telah
menurunkan hujan lebat yang darinya mazhab- mazhab sufi di dalam Islam menjadi
segar dan tumbuh. Bahkan terdapat keyakinan yang menyatakan adanya hamba-hamba
Allah s.w.t yang bukan termasuk nabi dan syuhada namun para nabi dan para
syuhada "cemburu" dengan ilmu mereka. Keyakinan demikian ini timbul
kerana pengaruh kisah ini.
Para ulama berbeza pendapat berkenaan dengan Khidir. Sebahagian mereka
mengatakan bahawa ia seorang wali dari wali-wali Allah s.w.t. Sebahagian lagi
mengatakan bahawa ia seorang nabi. Terdapat banyak cerita bohong tentang
kehidupan Khidir dan bagaimana keadaannya. Ada yang mengatakan bahawa ia akan
hidup sampai hari kiamat. Yang jelas, kisah Khidir tidak dapat dijabarkan
melalui nas-nas atau hadis-hadis yang dapat dipegang (otentik). Tetapi kami
sendiri berpendapat bahawa beliau meninggal sebagaimana meninggalnya hamba-hamba
Allah s.w.t yang lain. Sekarang, kita tinggal membahas kewaliannya dan
kenabiannya. Tentu termasuk masalah yang sangat rumit atau membingungkan. Kami
akan menyampaikan kisahnya dari awal sebagaimana yang dikemukakan dalam
Al-Quran.
Nabi Musa as berbicara di tengah-tengah Bani Israil. Ia mengajak mereka
untuk menyembah Allah s.w.t dan menceritakan kepada mereka tentang kebenaran.
Pembicaraan Nabi Musa sangat komprehensif dan tepat. Setelah beliau
menyampaikan pembicaraannya, salah seorang Bani Israil bertanya: "Apakah
ada di muka bumi seseorang yang lebih alim darimu wahai Nabi Allah?"
Dengan nada emosi, Musa menjawab: "Tidak ada."
Allah s.w.t tidak setuju dengan jawapan Musa. Lalu Allah s.w.t mengutus
Jibril untuk bertanya kepadanya: "Wahai Musa, tidakkah engkau mengetahui
di mana Allah s.w.t meletakkan ilmu-Nya?" Musa mengetahui bahawa ia
terburu-buru mengambil suatu keputusan. Jibril kembali berkata kepadanya:
"Sesungguhnya Allah s.w.t mempunyai seorang hamba yang berada di majma'
al-Bahrain yang ia lebih alim daripada kamu." Jiwa Nabi Musa yang mulia
rindu untuk menambah ilmu, lalu timbullah keinginan dalam dirinya untuk pergi
dan menemui hamba yang alim ini. Musa bertanya bagaimana ia dapat menemui orang
alim itu. Kemudian ia mendapatkan perintah untuk pergi dan membawa ikan di
keranjang. Ketika ikan itu hidup dan melompat ke lautan maka di tempat itulah
Musa akan menemui hamba yang alim.
Akhirnya, Musa pergi guna mencari ilmu dan beliau ditemani oleh seorang
pembantunya yang masih muda. Pemuda itu membawa ikan di keranjang. Kemudian
mereka berdua pergi untuk mencari hamba yang alim dan soleh. Tempat yang mereka
cari adalah tempat yang sangat samar dan masalah ini berkaitan dengan hidupnya
ikan di keranjang dan kemudian ikan itu akan melompat ke laut. Namun Musa
berkeinginan kuat untuk menemukan hamba yang alim ini walaupun beliau harus
berjalan sangat jauh dan menempuh waktu yang lama.
Musa berkata kepada pembantunya: "Aku tidak memberimu tugas apa pun
kecuali engkau memberitahuku di mana ikan itu akan berpisah denganmu."
Pemuda atau pembantunya berkata: "Sungguh engkau hanya memberi aku tugas
yang tidak terlalu berat." Kedua orang itu sampai di suatu batu di sisi
laut. Musa tidak kuat lagi menahan rasa kantuk sedangkan pembantunya masih
bergadang. Angin bergerak ke tepi lautan sehingga ikan itu bergerak dan hidup
lalu melompat ke laut. Melompatnya ikan itu ke laut sebagai tanda yang
diberitahukan Allah s.w.t kepada Musa tentang tempat pertemuannya dengan
seseorang yang bijaksana yang mana Musa datang untuk belajar kepadanya. Musa
bangkit dari tidurnya dan tidak mengetahui bahawa ikan yang dibawanya telah
melompat ke laut sedangkan pembantunya lupa untuk menceritakan peristiwa yang
terjadi. Lalu Musa bersama pemuda itu melanjutkan perjalanan dan mereka lupa
terhadap ikan yang dibawanya. Kemudian Musa ingat pada makanannya dan ia telah
merasakan keletihan. Ia berkata kepada pembantunya: "Cuba bawalah kepada
kami makanan siang kami, sungguh kami telah merasakan keletihan akibat dari
perjalanan ini."
Pembantunya mulai ingat tentang apa yang terjadi. Ia pun mengingat
bagaimana ikan itu melompat ke lautan. Ia segera menceritakan hal itu kepada
Nabi Musa. Ia meminta maaf kepada Nabi Musa kerana lupa menceritakan hal itu.
Setan telah melupakannya. Keanehan apa pun yang menyertai peristiwa itu, yang
jelas ikan itu memang benar-benar berjalan dan bergerak di lautan dengan suatu
cara yang mengagumkan. Nabi Musa merasa gembira melihat ikan itu hidup kembali
di lautan dan ia berkata: "Demikianlah yang kita inginkan."
Melompatnya ikan itu ke lautan adalah sebagai tanda bahawa di tempat itulah
mereka akan bertemu dengan seseorang lelaki yang alim. Nabi Musa dan
pembantunya kembali dan menyelusuri tempat yang dilaluinya sampai ke tempat
yang di situ ikan yang dibawanya bergerak dan menuju ke lautan.
Perhatikanlah permulaan kisah: bagaimana Anda berhadapan dengan suatu
kesamaran dan tabir yang tebal di mana ketika Anda menjumpai suatu tabir di
depan Anda terpampang maka sebelum tabir itu tersingkap Anda harus berhadapan
dengan tabir-tabir yang lain. Akhirnya, Musa sampai di tempat di mana ikan itu
melompat. Mereka berdua sampai di batu di mana keduanya tidur di dekat situ,
lalu ikan yang mereka bawa keluar menuju laut. Di sanalah mereka mendapatkan
seorang lelaki. Kami tidak mengetahui namanya, dan bagaimana bentuknya, dan
bagaimana bajunya; kami pun tidak mengetahui usianya. Yang kita ketahui
hanyalah gambaran dalam yang dijelaskan oleh Al-Quran: "Lalu mereka
bertemu dengan seorang hamba di antara hamba-hamba Kami, yang telah Kami
berikan kepadanya rahrnat dari sisi Kami, dan yang telah Kami ajarkan kepadanya
ilmu dari sisi Kami. "
Inilah aspek yang penting dalam kisah itu. Kisah itu terfokus pada sesuatu
yang ada di dalam jiwa, bukan tertuju pada hal-hal yang bersifat fizik atau
lahiriah. Allah s.w.t berfirman:
"Maka tatkala mereka berjalan sampai ke pertemuan dua buah laut itu,
maka mereka lalai akan ikannya, lalu ikan itu melompat mengambil jalannya ke
laut itu. Tatkala mereka berjalan lebih jauh, berkatalah Musa kepada muridnya:
'Bawalah ke mari makanan kita; sesungguhnya kita merasa letih kerana perjalanan
kita ini.' Muridnya menjawab: 'Tahukah kamu tatkala kita mencari tempat
berlindung di batu tadi, maka sesungguhnya aku lupa (menceritakan tentang) ikan
itu dan tidak adalah yang melupakan aku untuk menceritakannya kecuali setan dan
ikan itu mengambil jalannya ke laut dengan cara yang aneh sekali.' Musa
berkata: 'Itulah (tempat) yang kita cari; lalu keduanya kembali, mengikuti
jejak mereka semula. Lalu mereka bertemu dengan seorang hamba di antara
hamba-hamba Kami, yang telah Kami berikan kepadanya rahmat dari sisi Kami, dan
yang telah Kami ajarkan kepadanya ilmu dari sisi Kami. " (QS. al-Kahfi:
61-65)
Bukhari mengatakan bahawa Musa dan pembantunya menemukan Khidir di atas
sejadah hijau di tengah-tengah lautan. Ketika Musa melihatnya, ia menyampaikan
salam kepadanya. Khidir berkata: "Apakah di bumimu ada salam? Siapa
kamu?" Musa menjawab: "Aku adalah Musa." Khidir berkata:
"Bukankah engkau Musa dari Bani Israil. Bagimu salam wahai Nabi dari Bani
Israil." Musa berkata: "Dari mana kamu mengenal saya?" Khidir
menjawab: "Sesungguhnya yang mengenalkan kamu kepadaku adalah juga yang
memberitahu aku siapa kamu. Lalu, apa yang engkau inginkan wahai Musa?"
Musa berkata dengan penuh kelembutan dan kesopanan: "Apakah aku dapat
mengikutimu agar engkau dapat mengajariku sesuatu yang engkau telah memperoleh
kurnia dari-Nya." Khidir berkata: "Tidakkah cukup di tanganmu Taurat
dan bukankah engkau telah mendapatkan wahyu. Sungguh wahai Musa, jika engkau
ingin mengikutiku engkau tidak akan mampu bersabar bersamaku."
Kita ingin memperhatikan sejenak perbezaan antara pertanyaan Musa yang
penuh dengan kesopanan dan kelembutan dan jawapan Khidir yang tegas di mana ia
memberitahu Musa bahawa ilmunya tidak harus diketahui oleh Musa, sebagaimana
ilmu Musa tidak diketahui oleh Khidir. Para ahli tafsir mengemukakan bahawa
Khidir berkata kepada Musa: "Ilmuku tidak akan engkau ketahui dan engkau
tidak akan mampu sabar untuk menanggung derita dalam memperoleh ilmu itu.
Aspek-aspek lahiriah yang engkau kuasai tidak dapat menjadi landasan dan ukuran
untuk menilai ilmuku. Barangkali engkau akan melihat dalam tindakan- tindakanku
yang tidak engkau fahami sebab-sebabnya. Oleh kerana itu, wahai Musa, engkau
tidak akan mampu bersabar ketika ingin mendapatkan ilmuku." Musa
mendapatkan suatu pernyataan yang tegas dari Khidir namun beliau kembali
mengharapnya untuk mengizinkannya menyertainya untuk belajar darinya. Musa
berkata kepadanya bahawa insya-Allah ia akan mendapatinya sebagai orang yang
sabar dan tidak akan menentang sedikit pun.
Perhatikanlah bagaimana Musa, seorang Nabi yang berdialog dengan Allah
s.w.t, merendah di hadapan hamba ini dan ia menegaskan bahawa ia tidak akan
menentang perintahnya. Hamba Allah s.w.t yang namanya tidak disebutkan dalam
Al-Quran menyatakan bahawa di sana terdapat syarat yang harus dipenuhi Musa
jika ia bersikeras ingin menyertainya dan belajar darinya. Musa bertanya
tentang syarat ini, lalu hamba yang soleh ini menentukan agar Musa tidak
bertanya sesuatu pun sehingga pada saatnya nanti ia akan mengetahuinya atau
hamba yang soleh itu akan memberitahunya. Musa sepakat atas syarat tersebut dan
kemudian mereka pun pergi. Perhatikanlah firman Allah s.w.t dalam surah
al-Kahfi:
"Musa berkata kepadanya: 'Bolehkah aku mengikutimu supaya kamu
mengajarkan kepadaku ilmu yang benar di antara ilmu-ilmu yang telah diajarkan
kepadamu ?' Dia menjawab: 'Sesungguhnya kamu sekali-kali tidak akan sanggup
sabar bersamaku. Dan bagaimana kamu dapat sabar atas sesuatu, yang kamu belum
mempunyai pengetahuan yang cukup tentang hal itu?' Musa berkata: 'Insya-Allah
kamu akan mendapati aku sebagai orang yang sabar, dan aku tidak akan
menentangmu dalam sesuatu urusan pun.' Dia berkata: 'Jika kamu mengikutiku,
maka janganlah kamu menanyakan kepadaku tentang sesuatu pun, sampai aku sendiri
menerangkannya kepadamu.'" (QS. al-Kahfi: 66-70)
Musa pergi bersama Khidir. Mereka berjalan di tepi laut. Kemudian terdapat
perahu yang berlayar lalu mereka berbicara dengan orang-orang yang ada di sana
agar mahu mengangkut mereka. Para pemilik perahu mengenal Khidir. Lalu mereka
pun membawanya berserta Musa, tanpa meminta upah sedikit pun kepadanya. Ini
sebagai bentuk penghormatan kepada Khidir. Namun Musa dibuat terkejut ketika
perahu itu berlabuh dan ditinggalkan oleh para pemiliknya, Khidir melubangi
perahu itu. Ia mencabut papan demi papan dari perahu itu, lalu ia
melemparkannya ke laut sehingga papan-papan itu dibawa ombak ke tempat yang
jauh.
Musa menyertai Khidir dan melihat tindakannya dan kemudian ia berfikir.
Musa berkata kepada dirinya sendiri: "Apa yang aku lakukan di sini,
mengapa aku berada di tempat ini dan menemani laki-laki ini? Mengapa aku tidak
tinggal bersama Bani Israil dan membacakan Kitab Allah s.w.t sehingga mereka
taat kepadaku? Sungguh Para pemilik perahu ini telah mengangkut kami tanpa
meminta upah. Mereka pun memuliakan kami tetapi guruku justru merosak perahu
itu dan melubanginya." Tindakan Khidir di mata Musa adalah tindakan yang
tercela. Kemudian bangkitlah emosi Musa sebagai bentuk kecemburuannya kepada
kebenaran. Ia terdorong untuk bertanya kepada gurunya dan ia lupa tentang
syarat yang telah diajukannya, agar ia tidak bertanya apa pun yang terjadi.
Musa berkata: "Apakah engkau melubanginya agar para penumpangnya
tenggelam? Sungguh engkau telah melakukan sesuatu yang tercela." Mendengar
pertanyaan lugas Musa, hamba Allah s.w.t itu menoleh kepadanya dan menunjukkan
bahawa usaha Musa untuk belajar darinya menjadi sia-sia kerana Musa tidak mampu
lagi bersabar. Musa meminta maaf kepada Khidir kerana ia lupa dan mengharap
kepadanya agar tidak menghukumnya.
Kemudian mereka berdua berjalan melewati suatu kebun yang dijadikan tempat
bermain oleh anak-anak kecil. Ketika anak-anak kecil itu sudah letih bermain,
salah seorang mereka tampak bersandar di suatu pohon dan rasa kantuk telah
menguasainya. Tiba-tiba, Musa dibuat terkejut ketika melihat hamba Allah s.w.t
ini membunuh anak kecil itu. Musa dengan lantang bertanya kepadanya tentang
kejahatan yang baru saja dilakukannya, yaitu membunuh anak laki-laki yang tidak
berdosa. Hamba Allah s.w.t itu kembali mengingatkan Musa bahawa ia tidak akan
mampu bersabar bersamanya. Musa meminta maaf kepadanya kerana lagi-lagi ia
lupa. Musa berjanji tidak akan bertanya lagi. Musa berkata ini adalah
kesempatan terakhirku untuk menemanimu. Mereka pun pergi dan meneruskan
perjalanan. Mereka memasuki suatu desa yang sangat bakhil. Musa tidak
mengetahui mengapa mereka berdua pergi ke desa itu dan mengapa tinggal dan
bermalam di sana. Makanan yang mereka bawa habis, lalu mereka meminta makanan
kepada penduduk desa itu, tetapi penduduk itu tidak mahu memberi dan tidak mahu
menjamu mereka.
Kemudian datanglah waktu petang. Kedua orang itu ingin beristirahat di
sebelah dinding yang hampir roboh. Musa dibuat terkejut ketika melihat hamba
itu berusaha membangun dinding yang nyaris roboh itu. Bahkan ia menghabiskan
waktu malam untuk memperbaiki dinding itu dan membangunnya seperti baru. Musa
sangat hairan melihat tindakan gurunya. Bagi Musa, desa yang bakhil itu
seharusnya tidak layak untuk mendapatkan pekerjaan yang gratis ini. Musa
berkata: "Seandainya engkau mau, engkau bisa mendapat upah atas
pembangunan tembok itu." Mendengar perkataan Musa itu, hamba Allah s.w.t
itu berkata kepadanya: "Ini adalah batas perpisahan antara dirimu dan
diriku." Hamba Allah s.w.t itu mengingatkan Musa tentang pertanyaan yang
seharusnya tidak dilontarkan dan ia mengingatkannya bahawa pertanyaan yang
ketiga adalah akhir dari pertemuan.
Kemudian hamba Allah s.w.t itu menceritakan kepada Musa dan membongkar
kesamaran dan kebingungan yang dihadapi Musa. Setiap tindakan hamba yang soleh
itu—yang membuat Musa bingung—bukanlah hasil dari rekayasanya atau dari
inisiatif sendiri, ia hanya sekadar menjadi jambatan yang digerakkan oleh
kehendak Yang Maha Tingi di mana kehendak yang tinggi ini menyiratkan suatu
hikmah yang tersembunyi. Tindakan-tindakan yang secara lahiriah tampak keras
namun pada hakikatnya justru menyembunyikan rahmat dan kasih sayang. Demikianlah
bahawa aspek lahiriah bertentangan dengan aspek batiniah. Hal inilah yang tidak
diketahui oleh Musa. Meskipun Musa memiliki ilmu yang sangat luas tetapi
ilmunya tidak sebanding dengan hamba ini. Ilmu Musa laksana setitis air
dibandingkan dengan ilmu hamba itu, sedangkan hamba Allah s.w.t itu hanya
memperoleh ilmu dari Allah s.w.t sedikit, sebesar air yang terdapat pada paruh
burung yang mengambil dari lautan. Allah s.w.t berfirman:
"Maka berjalanlah heduanya, hingga tatkala keduanya menaiki perahu
lalu Khidir melubanginya. Musa berkata: 'Mengapa kamu melubangi perahu itu yang
akibatnya kamu menenggelamkan penumpangnya? Sesungguhnya kamu telah berbuat
sesuatu kesalahan yang besar.' Dia (Khidir) berkata: 'Bukankah aku telah
berkata: 'Sesungguhnya kamu sekali-kali tidak akan sabar bersama dengan aku.'
Musa berkata: 'Janganlah kamu menghukum aku kerana kelupaanku dan janganlah
kamu membebani aku dengan sesuatu kesulitan dalam urusanku.' Maka berjalanlah
keduanya; hingga tatkala keduanya berjumpa dengan seorang anak, maka Khidir
membunuhnya. Musa berkata: 'Mengapa kamu membunuh jiwa yang bersih itu, bukan
kerana dia membunuh orang lain? Sesungguhnya kamu telah melakukan suatu yang
mungkar.' Khidir berkata: 'Bukankah sudah kukatakan kepadamu, bahawa sesungguhnya
kamu tidak akan sabar bersamaku?' Musa berkata: 'Jika aku bertanya kepadamu
tentang sesuatu sesudah (kali) ini, maka janganlah engkau memperbolehkan aku
menyertaimu, sesungguhnya kamu sudah cukup memberikan uzur kepadaku.' Maka
keduanya berjalan; hingga tatkala keduanya sampai kepada penduduk suatu negeri,
mereka minta dijamu kepada penduduk negeri itu, tetapi penduduk negeri itu
tidak mau menjamu mereka, kemudian keduanya mendapatkan dalam negeri itu
dinding rumah yang hampir roboh, maka Khidir menegakkan dinding itu. Musa
berkata: 'Jikalau kamu mau, nescaya kamu mengambil upah untuk itu.' Khidir
berkata: 'Inilah perpisahan antara aku dengan kamu. Aku akan memberitahukan
kepadamu tujuan perbuatan-perbuatan yang kamu tidak dapat sabar terhadapnya.
Adapun bahtera itu adalah kepunyaan orang-orang miskin yang bekerja di laut,
dan aku bertujuan merosakkan bahtera itu, kerana di hadapan mereka ada seorang
raja yang merampas tiap-tiap bahtera. Dan adapun anak itu maka kedua orang
tuanya adalah orang-orang mukmin dan kami khawatir bahawa dia akan mendorong
orang tuanya itu kepada kesesatan dan kekafiran. Dan kami menghendaki supaya
Tuhan mereka mengganti bagi mereka dengan anak yang lebih baik kesuciannya dari
anaknya itu dan lebih dalam dari kasih sayangnya (kepada ibu dan bapaknya).
Adapun dinding rumah itu adalah kepunyaan anak yatim di kota itu, dan di
bawahnya ada harta benda simpanan bagi mereka berdua, sedang ayahnya seseorang
yang soleh, maka Tuhanmu menghendaki supaya mereka sampai kepada kedewasaannya
dan mengeluarkan simpanannya itu, sebagai rahmat dari Tuhanmu; dan bukanlah aku
melakukannya itu menurut kemahuanku sendiri. Demikian itu adalah tujuan
perbuatan-perbuatan yang kamu tidak dapat sabar terhadapnya.'" (QS.
al-Kahfi: 71-82)
Hamba soleh itu menyingkapkan dua hal pada Musa: ia memberitahunya bahawa
ilmunya, yakni ilmu Musa sangat terbatas, kemudian ia memberitahunya bahawa
banyak dari musibah yang terjadi di bumi justru di balik itu terdapat rahmat
yang besar. Pemilik perahu itu akan menganggap bahawa usaha melubangi perahu
mereka merupakan suatu bencana bagi mereka tetapi sebenarnya di balik itu
terdapat kenikmatan, yaitu kenikmatan yang tidak dapat diketahui kecuali
setelah terjadinya peperangan di mana raja akan memerintahkan untuk merampas perahu-
perahu yang ada. Lalu raja itu akan membiarkan perahu-perahu yang rosak. Dengan
demikian, sumber rezeki keluarga-keluarga mereka akan tetap terjaga dan mereka
tidak akan mati kelaparan. Demikian juga orang tua anak kecil yang terbunuh itu
akan menganggap bahawa terbunuhnya anak kecil itu sebagai musibah, namun
kematiannya justru membawa rahmat yang besar bagi mereka kerana Allah s.w.t
akan memberi mereka—sebagai ganti darinya—anak yang baik yang dapat menjaga
mereka dan melindungi mereka pada saat mereka menginjak masa tua dan mereka
tidak akan menampakkan kelaliman dan kekufuran seperti anak yang terbunuh.
Demikianlah bahawa nikmat terkadang membawa sesuatu bencana dan sebaliknya,
suatu bencana terkadang membawa nikmat. Banyak hal yang lahirnya baik ternyata
justru di balik itu terdapat keburukan.
Mula-mula Nabi Allah s.w.t Musa menentang dan mempersoalkan tindakan hamba
Allah s.w.t tersebut, kemudian ia menjadi mengerti ketika hamba Allah s.w.t itu
menyingkapkan kepadanya maksud dari tindakannya dan rahmat Allah s.w.t yang
besar yang tersembunyi dari peristiwa-peristiwa yang terjadi.
Selanjutnya, Musa kembali menemui pembantunya dan menemaninya untuk kembali
ke Bani Israil. Sekarang, Musa mendapatkan keyakinan yang luar biasa. Musa
telah belajar dari mereka dua hal: yaitu ia tidak merasa bangga dengan ilmunya
dalam syariat kerana di sana terdapat ilmu hakikat, dan ia tidak mempersoalkan
musibah-musibah yang dialami oleh manusia kerana di balik itu terdapat rahmat
Allah s.w.t yang tersembunyi yang berupa kelembutan-Nya dan kasih sayang-Nya.
Itulah pelajaran yang diperoleh Nabi Musa as dari hamba ini. Nabi Musa
mengetahui bahawa ia berhadapan dengan lautan ilmu yang baru di mana ia
bukanlah lautan syariat yang diminum oleh para nabi. Kita berhadapan dengan
lautan hakikat, di hadapan ilmu takdir yang tertinggi; ilmu yang tidak dapat
kita jangkau dengan akal kita sebagai manusia biasa atau dapat kita cerna
dengan logik biasa. Ini bukanlah ilmu eksperimental yang kita ketahui atau yang
biasa terjadi di atas bumi, dan ia pun bukan ilmu para nabi yang Allah s.w.t
wahyukan kepada mereka.
Kita sekarang sedang membahas ilmu yang baru. Lalu siapakah pemilik ilmu
ini? Apakah ia seorang wali atau seorang nabi? Majoriti kaum sufi berpendapat
bahawa hamba Allah s.w.t ini dari wali-wali Allah s.w.t. Allah s.w.t telah
memberinya sebahagian ilmu laduni kepadanya tanpa sebab-sebab tertentu.
Sebahagian ulama berpendapat bahawa hamba soleh ini adalah seorang nabi. Untuk
mendukung penyataannya ulama- ulama tersebut menyampaikan beberapa argumentasi
melalui ayat Al- Quran yang menunjukkan kenabiannya.
Pertama, firman-Nya:
"Lalu mereka bertemu dengan seorang hamba di antara hamba-ham- ba
Kami, yang telah Kami berikan kepadanya rahmat dari sisi Kami, dan yang telah
Kami ajarkan kepadanya ilmu dari sisi Kami."
Kedua, perkataan Musa kepadanya:
"Musa berkata kepadanya: 'Bolehkah aku mengikutimu supaya kamu
mengajarkan kepadaku ilmu yang benar di antara ilmu-ilmu yang telah diajarkan
kepadamu?' Dia menjawab: 'Sesungguhnya kamu sekali-kali tidak akan sanggup
sabar bersamaku. Dan bagaimana kamu dapat sabar atas sesuatu, yang kamu belum
mempunyai pengetahuan yang cukup tentang hal itu ?' Musa berkata: 'lnsya-Allah
kamu akan mendapati aku sebagai orang yang sabar, dan aku tidak akan menentangmu
dalam sesuatu urusan pun.' Dia berkata: 'Jika kamu mengikutiku, maka janganlah
kamu menanyakan kepadaku tentang sesuatu pun, sampai aku sendiri menerangkannya
kepadamu,'" (QS. al-Kahfi: 66-70)
Seandainya ia seorang wali dan bukan seorang nabi maka Musa tidak akan
berdialog atau berbicara dengannya dengan cara yang demikian dan ia tidak akan
menjawab kepada Musa dengan jawapan yang demikian. Bila ia bukan seorang nabi
maka bererti ia tidak maksum sehingga Musa tidak harus memperoleh ilmu dari seseorang
wali yang tidak maksum.
Ketiga, Khidir menunjukkan keberaniannya untuk membunuh anak kecil itu
melalui wahyu dari Allah s.w.t dan perintah dari-Nya. Ini adalah dalil
tersendiri yang menunjukkan kenabiannya dan bukti kuat yang menunjukkan
kemaksumannya. Sebab, seorang wali tidak boleh membunuh jiwa yang tidak berdosa
dengan hanya berdasarkan kepada keyakinannya dan hatinya. Boleh jadi apa yang
terlintas dalam hatinya tidak selalu maksum kerana terkadang ia membuat
kesalahan. Jadi, keberanian Khidir untuk membunuh anak kecil itu sebagai bukti
kenabiannya.
Keempat, perkataan Khidir kepada Musa:
"Sebagai rahmat dari Tuhanmu; dan bukanlah aku melakukannya itu
menurut kemahuanku sendiri. " (QS. al-Kahfi: 82)
Yakni, apa yang aku lakukan bukan dari doronganku sendiri namun ia
merupakan perintah dari Allah s.w.t dan wahyu dari-Nya. Demikianlah pendapat
para ulama dan para ahli zuhud. Para ulama berpendapat bahawa Khidir adalah
seorang Nabi sedangkan para ahli zuhud dan para tokoh sufi berpendapat bahawa Khidir
adalah seorang wali dari wali-wali Allah s.w.t.
Salah satu pernyataan Khidir yang sering dikemukakan oleh tokoh sufi adalah
perkataan Wahab bin Munabeh, Khidir berkata: "Wahai Musa, manusia akan
diseksa di dunia sesuai dengan kadar kecintaan mereka atau kecenderungan mereka
terhadapnya (dunia)." Sedangkan Bisyir bin Harits al-Hafi berkata:
"Musa berkata kepada Khidir: "Berilah aku nasihat." Khidir
menjawab: "Mudah-mudahan Allah s.w.t memudahkan kamu untuk taat
kepada-Nya." Para ulama dan para ahli zuhud berselisih pendapat tentang
Khidir dan setiap mereka mengklaim kebenaran pendapatnya. Perbezaan pendapat
ini berhujung pangkal kepada anggapan para ulama bahawa mereka adalah sebagai
pewaris para nabi, sedangkan kaum sufi menganggap diri mereka sebagai ahli
hakikat yang mana salah satu tokoh terkemuka dari ahli hakikat itu adalah
Khidir. Kami sendiri cenderung untuk menganggap Khidir sebagai seorang nabi
kerana beliau menerima ilmu laduni. Yang jelas, kita tidak mendapati nas yang
jelas dalam konteks Al-Quran yang menunjukkan kenabiannya dan kita juga tidak
menemukan nas yang gamblang yang dapat kita jadikan sandaran untuk
menganggapnya sebagai seorang wali yang diberi oleh Allah s.w.t sebahagian ilmu
laduni.
Barangkali kesamaran seputar peribadi yang mulia ini memang disengaja agar
orang yang mengikuti kisah tersebut mendapatkan tujuan utama dari inti cerita.
Hendaklah kita berada di batas yang benar dan tidak terlalu jauh mempersoalkan
kenabiannya atau kewaliannya. Yang jelas, ketika kami memasukkannya dalam
jajaran para nabi kerana ia adalah seorang guru dari Musa dan seorang ustaz
baginya untuk beberapa waktu.
No comments:
Post a Comment